Jurgen Klopp Pengurus Baru Liverpool – Kontrak 3 Tahun.
|
Bekas pengendali Borussia Dortmund, Jurgen Klopp bersetuju untuk menjadi pengurus baru pasukan dari Merseyside itu bagi menggantikan tempat Brendan Rodgers yang telah dipecat Ahad lalu selepas 3 tahun setengah mengendalikan Liverpool.
Klopp yang berusia 48 tahun itu bakal membawa 2 orang pembantu beliau semasa menjadi pengurus Dortmund iaitu Zeljko Buvac dan Peter Krawietz sebagai antara barisan kejurulatihan baru Liverpool.
Pembantu Brendan Rodgers, Sean O’Driscoll telah meninggalkan kelab itu manakala Gary McAllister telah ditukar dari jurulatih skuad utama kepada satu jawatan baru – “ambassadorial position”.
Pengumuman rasmi mengenai perkara ini akan dibuat pada hari Jumaat jam 10 pagi waktu tempatan.
Prev : Pelajar Tingkatan 6 Sakuyo High School Ito Ryutaro Mengikat Kontrak Bersama Urawa Reds
Next : AFF Futsal Championship 2015: Malaysia Belasah Brunei 9-1
Next : AFF Futsal Championship 2015: Malaysia Belasah Brunei 9-1