EURO 2016: Ireland Utara Layak, Jerman Kalah Mengejut

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
ireland-utara-euro-2016

Ireland Utara layak ke EURO 2016 buat pertama kalinya selepas menewaskan juara edisi 2004, Greece, 3-1.

Ireland Utara yang dibimbing oleh Michael O’Neill memerlukan 2 mata daripada baki 2 perlawnaan kumpulan F untuk layak. Hajat mereka mendapat permulaan yang baik selepas pemain Southampton dan kapten, Steven Davis menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35.

Penyerang Ireland Utara yang membuat keputusan untuk bertukar posisi daripada penjaga gol kepada penyerang pada tahun 2008, Josh Magennis, menjaringkan gol kedua Ireland Utara 4 minit selepas separuh masa kedua bermula.

9 minit kemudian, Steven Davis menjaringkan gol kedua untuk melengkapkan kemenangan 3-1 Ireland Utara ke atas Greece.

Pada minit 87′, Christos Aravidis menjaringkan gol saguhati Greece. Tetapi di sebalik dominasi penguasaan bola yang besar, Greece masih tak mampu merosakkan malam bersejarah untuk bola sepak Ireland Utara.

Scotland tersingkir

Sementara itu, harapan Scotland untuk layak ke EURO 2016 berkecai selepas gol lewat penyerang klinikal Poland, Robert Lewandowski mengikat Scotland 2-2.

Scotland tampak hampir pasti membawa pulang 3 mata penuh selepas gol penyerang Sunderland, Steven Fletcher, dan pemain tengah Bournemouth, Matt Ritchie masing-masing menjaring 2 gol untuk mendahului Poland 2-1.

Tetapi Robert Lewandowski mempunyai idea lain.

Selepas menjaringkan gol pendahuluan Poland seawal minit 3′, Lewandowski menyudahkan sepakan percuma Kamil Grosicki yang singgah ke palang sebelum menuju ke hadapannya pada saat-saat terakhir perlawanan.

Jerman tersungkur di Dublin

“Come on you boys in green’ bergema di Dublin Arena selepas gol penyerang Southampton, Shane Long, pada minit 70′ memberikan kemenangan mengejut kepada Ireland selepas menewaskan juara dunia, Jerman.

Kali terakhir Jerman bertandang ke Dublin Arena untuk menentang Ireland, mereka membelasah Ireland 6-1.

Di sebalik dominasi Jerman dari segenap aspek permainan, Ireland nyata lebih tajam di depan gol. Walaupun mereka hanya mencatatkan 2 percubaan tepat ke arah Manuel Neuer.

Kemenangan ini bermakna, Ireland terikat dengan Poland di tempat kedua dan ketiga kumpulan D. Masing-masing mengumpul 18 mata.

Ireland akan bertandang ke halaman Poland untuk merebut tempat ke EURO 2016 dalam perlawanan terakhir kumpulan pada 11 Oktober 2015 nanti.

Dengan 19 mata, Jerman masih perlu mengutip sekurang-kurangnya 1 mata dalam perlawanan terakhir mereka. Mereka akan menentang Georgia di halaman sendiri.

Baca juga: BAPA BOLA SEPAK JEPUN MENINGGAL DUNIA PADA UMUR 90 TAHUN

comments