Sam Allardyce Setuju Kontrak 2 Tahun Kendalikan Sunderland

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
LONDON, ENGLAND - MARCH 21:  Sam Allardyce the West Ham manager looks on during the Barclays Premier League match between West Ham United and Sunderland at Boleyn Ground on March 21, 2015 in London, England.  (Photo by Ian Walton/Getty Images)

Sunderland yang kehilangan pengurus mereka, Dick Advocaat, yang meletak jawatan Ahad lalu sah akan menggunakan khidmat bekas pengurus Newcastle United dan West ham United, Sam Allardyce.

Sam Allardyce yang masih belum mempunyai sebarang tawaran selepas keluar dari West Ham, telah ditawarkan pakej 3 juta Pound oleh pengerusi kelab, Ellis Short jika mampu untuk mengekalkan The Black Cats dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim 2016/17. Jika beliau bersetuju dengan tawaran ini, ia bakal menjadikan Sam Allardyce sebagai pengurus paling mahal pernah dibayar oleh Sunderland dalam sejarah kelab.

LIVE-Sam-Allardyce

Sunderland yang kini hanya memungut 3 mata dari 8 perlawanan tanpa sebarang kemenangan musim ini, terperosok ditangga ke 19 liga, berkongsi mata dengan Newcastle United. Tugas utama Sam Allardyce adalah untuk memulihkan kembali semangat pemain dan membantu kelab keluar dari zon penyingkiran.

Allardyce juga menjadi pengurus ke 8 yang pernah ditandatangani oleh Ellis Short dalam masa 7 tahun, dimana Roy Keane, Ricky Sbragia, Steve Bruce, Martin O’Neill, Paolo di Canio, Gus Poyet dan Advocaat merupakan pengurus yang pernah mengendalikan The Black Cats sebelum ini.

comments