Selangor Diberi Amaran Keras Oleh FAM

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
unnamed

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 8 Oktober 2015 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

Tindakan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang tidak memberikan sebarang MAKLUM BALAS kepada surat “call up” bertarikh 10 Julai 2015 DARIPADA ketua jurulatih pasukan Malaysia (pada ketika itu) Dollah Salleh kepada persatuan yang berkaitan untuk menghantar pemain-pemain mereka dalam persediaan untuk perlawanan di antara pasukan Pilihan Malaysia (Malaysia XI) dan Liverpool FC pada 24 Julai 2015 di Stadium Nasional Bukit Jalil:

·        Bahawa pasukan Pilihan Malaysia  yang bermain dengan pasukan Liverpool FC pada 24 Julai 2015 tidak termasuk dalam takrif “Pasukan Kebangsaan” seperti yang didefinisikan di bawah Artikel 3 Peraturan Status FAM.

·        Jawatankuasa juga memutuskan bahawa walaupun kelab-kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain-pemain mereka di luar kalendar perlawanan antarabangsa, tetapi, mengikut Pekeliling FIFA No. 1479, pelepasan itu boleh dilakukan tertakluk kepada persetujuan di antara kelab-kelab dan Persatuan ini dan di atas perasaan kerjasama di pihak kelab-kelab.

·        FAS diberi amaran keras supaya tidak mengulangi lagi perbuatan tidak menjawab surat-surat DARIPADA FAM.

comments