Suita City Soccer Stadium Siap Dibina: Stadium Baru Gamba Osaka

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
02_0332

Suita City Soccer Stadium merupakan stadium pertama di Jepun yang dibina hasil kutipan wang daripada masyarakat setempat samada individu, syarikat korporat dan badan kerajaan tempatan.

Bajet untuk pembinaan stadiium telah dijangka sebanyak 14 bilion Yen, namun hasil sumbangan dari masyarakat telah melebihi jumlah bajet kos pembinaan iaitu sebanyak 14.086 bilion Yen. Semua nama penyumbang kepada projek pembinaan stadium ini dipaparkan disatu sudut stadium sebagai perhargaan atas bantuan yang diberikan.

12068594_862869207166823_3089046858497002125_o

Penyerahan pengurusan stadium baru ini kepada pihak Gamba Osaka telah dilakukan dalam satu majlis yang diadakan hari ini. Gamba Osaka diberikan tempoh selama 48 tahun untuk menguruskan semua aspek di stadium baru ini. Perjanjian ini akan tamat pada bulan Mac 2063.

CQ3LtB_UAAAmKqF

Suita City Soccer Stadium ini mempunyai kapasiti seramai 40,000 orang penonton dan mempunyai pelbagai lagi kemudahan kepada penonton yang hadir pada hari perlawanan seperti sambungan Wi-Fi percuma, akses keluar masuk yang terbaik dan sistem aliran angin dalam stadium yang efektif.

12046711_410032715852148_1421194581345086302_n

03g_0307

Selain itu kerusi tempat duduk pemain simpanan dan jurulatih telah dihasilkan oleh pengeluar kerusi tempatan – BRIDE, senua tempat duduk adalah berbumbung, lampu limpah LED yang lebih terang dan jimat dan jarak padang permainan dengan tempat duduk penonton hanya sejauh 7 meter merupakan diantara “features” yang menarik di stadium ini.

12118754_863220873798323_5233781686382060929_n

Gamba Osaka akan menggunakan stadium ini secara rasmi pada permulaan musim baru 2016.

Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia

comments