Top 5 Nilai Tajaan Jersi Bundesliga Paling Mahal
|
Penajaan jersi pasukan bola sepak profesional telah banyak membantu kelab-kelab bola sepak untuk terus memacu pembangunan dan pengurusan sesebuah kelab untuk terus maju dan berjaya. Banyak kelab yang berjaya telah menerima penajaan dari gergasi korporat dunia sebagai penaja rasmi jersi pasukan disebabkan banyak faktor yang menyumbang kepada “branding” penaja itu sendiri.
Dipihak syarikat penaja pula, mereka sanggup memberikan nilai tajaan yang cukup besar disebabkan faktor “branding awareness” dimana jersi kelab tajaan mereka akan dipakai oleh ramai penyokong diseluruh dunia. “Exposure” ini akan memberikan lebih kredibiliti kepada syarikat dimata masyarakat. Selain itu, banyak syarikat yang memberi tajaan ini mendapat pelepas cukai. Mereka bukan sahaja tidak perlu membayar cukai tertentu malahan memperolehi “iklan” didalam TV secara langsung selama 90 minit dan juga boleh dikatakan hampir setiap hari diserata dunia.
Berikut merupakan Top 5 nilai tajaan paling tinggi yang diberikan oleh pelbagai syarikat gergasi korporat dunia kepada kelab bola sepak profesional Bundesliga.
1) Bayern Munich
Penaja: Deutsche Telekom
Nilai Tajaan: 30 juta Euro
1) VfL Wolfsburg
Penaja: Volkswagen
Nilai Tajaan: 30 juta Euro
3) Schalke 04
Penaja: Gazprom
Nilai Tajaan: 17 juta Euro
4) Borussia Dortmund
Penaja: Evonik
Nilai Tajaan: 15 juta Euro
5) Hamburger SV
Penaja: Emirates
Nilai Tajaan: 7.5 juta Euro
Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia
Next : Keisuke Honda Bakal Berhijrah Ke Valencia