JDT Ke Perlawanan Akhir AFC CUp 2015 Jika Kuwait FA Digantung FIFA

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
ddd

Perkembangan terbaru terhadap isu kedegilan Kuwait FA untuk mengubah kembali undang-undang dalam organisasi bola sepak mereka mungkin bakal mengundang padah kepada bola sepak Kuwait seluruhnya.

Jika penggantungan itu berlaku, bermakna semua pasukan yang bernaung dibawah Kuwait FA akan juga terlibat dalam hukuman ini.

dfdf

2 pasukan dari Kuwait yang sedang beraksi dalam saingan AFC Cup 2015, Kuwait SC dan Al Qadsia bakal terkeluar dari saingan serta memberikan laluan kepada pasukan JDT dan FC Istiklol ke perlawanan akhir AFC Cup 2015. FIFA dalam kenyataan sebelum ini memberikan tempoh kepada Kuwait FA sehingga 15 Oktober untuk mengubah undang-undang organisasi mereka seperti yang ditetapkan oleh FIFA.

Untuk rekod Kuwait FA pernah digantung 2 kali sebelum ini, iaitu pada 2007 dan 2008. Jika mereka terus berkeras, JDT dan FC Istiklol berkemungkinan akan diberikan kemenangan percuma seterusnya layak ke perlawanan akhir.

Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia

comments