Keisuke Honda Bakal Berhijrah Ke Valencia
|
Bintang utama pasukan Jepun, Keisuke Honda dikhabarkan akan menyertai pasukan Valencia pada pintu perpindahan Januari nanti.
Keisuke Honda yang sudah 2 kali tidak diturunkan dalam perlawanan Serie A sudah mula merasakan bahawa seakan-akan sudah tidak mampu untuk membantu pasukan AC Milan. Selain itu, ada juga disebut perkara ini berlaku gara-gara kelantangan Honda mengkritik pengurusan pasukan San Siro itu untuk memperbetulkan beberapa perkara yang dilihat seolah-olah tidak menghormati pasukan.
Namun demikian, beberapa sumber dari Itali juga sudah menerima maklumat, terdapat usaha yang sedang dilakukan untuk membawa pemain tengah muda Portugal, Bruno Fernandes ke San Siro. Fernandes kini bersama sebuah lagi kelab Serie A, Udinese, pada musim lepas telah membuat 31 penampilan dengan 3 gol dijaringkan.
2 lagi pemain yang dikaitkan dengan AC Milan adalah pemain dari Bayern Leverkusen, Hakan Çalhanoğlu dan pemain tengah Sampdoria, Roberto Soriano.
Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia
Next : JDT Ke Perlawanan Akhir AFC CUp 2015 Jika Kuwait FA Digantung FIFA