JFA International Coaching Course 2015
|
Kursus kejurulatihan antarabangsa ini telah diadakan di J-Green Sakai , Osaka dari 13-18 Julai 2015. Tujuan utama kursus ini adalah untuk meningkatkan lagi tahap instruktor-intruktor bola sepak di Asia dan lebih memberikan fokus kepada pembangunan pemain muda. 27 peserta dari 15 negara menghadiri kursus ini termasuklah pengarah teknikal bola sepak dan barisan jurulatih serta instruktor.
Mereka akan diberikan tunjuk ajar berkenaan kelebihan dan cara untuk melatih setiap generasi kanak-kanak sehingga U18 termasuklah berkaitan dengan akademi. Latihan secara teori dan praktikal dilakukan termasuk sesi latihan penjaga go; dan membuat analisis perlawanan J League.
Setiap peserta perlu membuat pembentangan berkaitan pembangunan pemain muda dinegara masing-masing, supaya mereka dapat memberikan pendapat serta berbincang diantara satu sama lain.
Fritz SCHMID Malaysia Association Technical Chairman
Bagi pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada JFA kerana sudi menganjurkan Kursus Kejurulatihan Antarabangsa 2015 ini.
Lokasi penganjuran kali ini sangat bagus dan kami dapat merasakan “suasana” bola sepak 24/7 dan kami juga telah mendapat satu faedah terbesar iaitu dengan pelbagai input hasil dari perbincangan, pembentangan dan sesi dalam kelas yang cukup menarik.
Dari pandangan dan pengalaman saya, tiada apa yang dapat menyangkal ketelusan dan keterbukaan pihak JFA untuk berkongsi bersama kami latihan dan filosofi pembangunan pemain muda yang telah mereka lakukan sehingga mampu berada ditahap sekarang.Mereka menunjukkan kepada kami “best practice” dan peluang untuk belajar yang tidak ternilai.
Saya juga kagum sesi dengan pertukaran idea dari peserta-peserta yang terlibat dan ini perlu diteruskan lagi dimasa depan.
Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia
Next : AFF Futsal Championship 2015: Malaysia Layak Ke Separuh Akhir