Top 5 Pemain ASEAN Paling Berbakat Dalam Kelayakan 2016 Kejuaraan AFC U19

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Jafri

Muhammad  Jafri Firdaus Chew disenaraikan sebagai salah seorang pemain paling berbakat oleh Football Channel Asia semasa perlawanan kelayakan AFC U19 Championship baru-baru ini. Kejayaan Jafri menjaringkan 3 gol dalam kejohanan itu dan juga semasa AFF U19 Championship juga telah menjadikan beliau sebagai seorang pemain yang mencuri tumpuan beberapa “mata” yang memantau prestasi pemain muda dari ASEAN.

4 lagi pemain yang turut tersenarai adalah

Irfan Fandi (Singapore)

Fandi

Anak kepada Fandi Ahmad ini pernah tersenarai dalam Top 20 ASEAN Rising Star oleh Goal.com dan pada 2014 beliau telah disenaraikan dalam The Guardian’s 40 best young talent in world football.

Walaupun prestasi pasukan Singapura tidak memberangsangkan dalam beberapa kejohanan baru-baru ini, Irfan berjaya meneruskan prestasi terbaik beliau melalui beberapa jaringan gol dalam kelayakan AFC Championship U23 dan juga kelayakan AFC Championship  U19.

Worachit Kanitsribampen (Thailand)

Worachit

Kapten pasukan Thailand U19 ini telah berjaya memacu kejayaan pasukan itu menjuarai AFF Championship U19. Beliau telah banyak mencorakkan permainan pasukan Thailand dan membuka ruang kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol. Worachit juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 6 gol.

Walaupun masih muda, beliau sudah lebih setahun beraksi dalam Thai Premier League bersama Chonburi FC.

Ha Duc Chinh (Vietnam)

Duc-Chinh

Penyerang utama pasukan U19 Vietnam dalam kejohanan AFF U19 Championship dengan 4 gol telah dijaringkan. Walaupun begitu beliau mendapat pelbagai cemuhan dari penyokong kerana mensia-sia kan banyak peluang menjaringkan gol.

Namun, Ha Duc Chinh masih menaruh harapan tinggi kepada penyerang ini dan memberikan kepercayaan untuk mengetuai serang Vietnam dalam kejohanan AFC Championship U19. 3 gol jaringannya semasa bertemu Singapura dan Myanmar membantu Vietnam menjadi juara kumpulan G dan seterusnya layak ke saingan akhir AFC U19 Championship.

Suksan Mungpao (Thailand)

Suksan

Pemain ini diserap masuk dalam skuad U19 Thailand ke AFF U19 Championship dari Assumption College Sriracha dan berjaya memberikan persembahan memukau dalam kejohanan ini. Beliau menjaringkan 4 gol termasuk 1 gol kemenangan Thailand keatas Vietnam dalam perlawanan akhir, membantu Thailand menjuarai kejohanan ini buat kali ke 4.

Dalam kejohanan AFC U19 Championship, 2 gol jaringannya membantu Thailand membenam Chinese Taipei 3-0 dalam perlawanan pembukaan dan 1 gol sumbangannya dalam perlawanan bertemu Singapura.

 

Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia

comments