Ancelotti: Gol Ronaldo Berpunca Daripada Kerja Keras Benzema

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Carlo-Ancelotti

Carlo Ancelotti menjelaskan mengapa beliau menolak tawaran mengurus AC Milan.

Ketika ditawarkan kerja di AC Milan, Ancelotti sedang berehat dengan keluarganya selepas menjalani pembedahan tulang belakang. Ancelotti dipetik bercakap dalam rancangan temu bual di stesen TV Perancis, Canal+.

“Ya betul. Milan telah menawarkan saya peluang untuk mengurus pada musim panas lepas. Tetapi saya menolaknya kerana mahu berehat sementara.”

“Sekarang saya tengah berfikit untuk bercuti sebelum menjadi pengurus semula pada musim hadapan.”

Dipecat Real Madrid

Ancelotti dipecat Real Madrid hanya setahun selepas membimbing pasukannya menjuarai Champions League.

Beliau juga mendedahkan Real Madrid sudah mahu memecatnya awal-awal lagi selepas hanya semusim di Real Madrid. Tetapi kemenangan Champions League melambatkan keputusan majikannya.

“Sebenarnya mereka (Real Madrid) mahu memecat saya hanya selepas satu musim. Mereka pasti akan pecat saya kalau saya tak menang Champions League. Saya tahu kalau saya tak menang sesuatu, saya akan dipecat terus.”

Penyerang terbaik

Ancelotti juga memberi komen tentang penyerang terbaik yang pernah beliau latih.

“Saya dah jumpa banyak pemain berbakat, tetapi mereka tak sampai ke tahap Cristiano ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic pun. Mentaliti mereka adalah faktor utama mereka berjaya.”

“Banyak orang memuji gol Cristiano Ronaldo. Tetapi mereka lupa kerja keras Karim Benzema untuk menghasilkan peluang gol tersebut.”

“Bila Ibrahimovic tiba di PSG, mentaliti seluruh pasukan berubah. Saya masih menghubungi Ibrahimovic. Dia sangat gembira di Paris dan mahu terus bermain di sana.”

Mengapa tinggalkan PSG

Ancelotti turut menjelaskan mengapa beliau meninggalkan PSG.

“Saya tinggalkan PSG bukan sebab saya mendapat tawaran daripada Real Madrid. Saya tinggalkan PSG kerana visi projek asal kelab sudah berubah dan hanya kisahkan keputusan di padang.”

“Pada bulan February, saya beritahu kelab saya mahu keluar. Jadi adalah tak benar untuk mengatakan saya keluar kerana mendapat tawaran daripada Real Madrid.”

“Tawaran itu datang selepas saya membuat keputusan untuk keluar.”

 

Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia

comments