Bos Belanda Sahkan Robin van Persie Dan Memphis Depay Bergaduh

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0

Pemain Manchester United, Memphis Depay terlibat dalam satu pergaduhan dengan Robin van Persie ketika sesi latihan skuad Belanda. Kejadian berlaku sebelum kemenangan 2-1 Belanda ke atas Kazakhstan.

Perkara itu disahkan oleh ketua jurulatih Belanda, Danny Blind.

Bagaimanapun Blind menafikan kejadian itu menyebabkan van Persie diletakkan dalam bangku simpanan ketika perlawanan menentang Kazakhstan.

Blind dipetik berkata kepada media Belanda, Telegraaf:

“Kadang-kala, pemain berselisih fahaman dengan rakan sepasukannya.”

“Kemudian, mereka perlu beritahu apa yang mereka tak puas hati. Itu yang berlaku dan ia (pergaduhan) sudah tamat.”

Robin van Persie, 32, merupakan penjaring terbanyak Belanda sepanjang zaman dengan 49 gol daripada 100 penampilan.

Penampilan ke-100 beliau dibuat selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-87 ketika menentang Kazakhstan.

Belanda sedang berada di ambang penyingkiran EURO 2016 selepas hanya mampu mengutip 13 mata daripada 9 perlawanan untuk menduduki tempat ke-4 Kumpulan A.

Peluang terbaik Belanda adalah layak ke play-off selepas 2 tempat kelayakan automatik Kumpulan A telah diambil awal-awal oleh Iceland dan Republik Czech.

Mereka perlu :

  1. menang dalam perlawnan terakhir kumpulan menentang Republik Czech dan
  2. mengharapkan Turki seri atau kalah ketika menentang Iceland

untuk layak ke pusingan play-off.

Baca juga: Ancelotti: Gol Ronaldo Berpunca Daripada Kerja Keras Benzema

 

Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia

comments