Kapten Barcelona B Kritik Luis Enrique Kerana Abaikan Pemain Muda

Kapten Barcelona B, Alejandro Grimaldo, mengkritik pengurus skuad senior, Luis Enrique, kerana jarang berkomunikasi dengan pemain skuad B.
Dalam temu bualnya dengan Radio RAC 1, Grimaldo dipetik berkata:
“Dia (Enrique) tak pernah cakap apa-apa pun dengan saya dengan pemain lain.”
“Saya berlatih dengan jurulatih saya (Gerard Lopez). Saya rapat dengannya dan dia banyak tolong memperbaiki permainan saya.”
“Biarkanlah dia dengan pemain-pemain pasukan senior. Dan biarkan saya dengan pasukan B.”
Luis Enrique sendiri merupakan memulakan karier kejurulatihannya bersama pasukan Barcelona B pada 2008.
Kemudian beliau ditawarkan menjadi pengurus Celta Vigo dan AS Roma sebelum kembali ke Nou Camp dan menjulang kejuaraan treble pada musim lepas.
Antara pemain Barcelona B yang pernah dinaikkan ke skuad senior oleh Enrique adalah Munir El Haddadi, Sandro Ramirez, Gerard Gumbau dan Sergi Samper.
Pada musim lepas, pasukan Barcelona B tersingkir daripada Segunda División. Ketika ini, Barcelona B berada di kedudukan ke-15 kumpulan 3 dalam liga ke-3 Sepanyol, Segunda División B.
Grimaldo yang bermain di posisi bek kiri tak pernah membuat kemunculan senior walaupun beliau mencatatkan 36 penampilan dan menjaringkan 4 gol dalam Segunda División.
Ketika Jordi Alba cedera, Grimaldo langsung tidak dipandang oleh Enrique. Enrique lebih cenderung untuk menggunakan Adriano atau Jeremy Mathieu.
Dengan kontrak Grimaldo yang akan tamat di akhir musim, masa depan pemain utama Sepanyol Bawah-21 ini nampak gelap di Nou Camp.
Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia
ABOUT THE AUTHOR
Avid
Loving football since the day his dad cursed his heart out when Selangor's Cristian Mustaca missed a sitter during 1996 Malaysian Cup final against Sabah.
Next : Everton Dan Tottenham Hotspurs Mahu Rebut Honda Keisuke Dari Valencia
-
Jenama Warrix Sah Pengeluar Rasmi Jersi Skuad Kebangsaan Thailand Mulai 2017
No Comments | Sep 16, 2016 -
Rasmi: Liga Thailand Buka Kuota Pemain Import Dari ASEAN Mulai Musim 2018
No Comments | Sep 15, 2016 -
SPRM Sahkan Tiada Sebarang Unsur Rasuah Dalam Pendrive!
No Comments | Sep 5, 2016 -
Ahmad Hazwan Bakri Dan Amri Yahyah Pemain Paling Bahaya – Andik Vermansyah
No Comments | Sep 4, 2016