Everton Dan Tottenham Hotspurs Mahu Rebut Honda Keisuke Dari Valencia

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Keisuke-Honda

Semakin jelas kelihatan masa depan Honda Keisuke bersama skuad Rossoneri bakal berakhir apabila tiba pintu perpindahan Januari 2016 nanti.

Selain Valencia CF yang dilaporakan berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Jepun itu, 2 kelab Liga Inggeris, Everton dan Tottenham Hotspur juga sudah mula menunjukkan minat untuk membawa pemain itu ke England.

Roberto-Martinez-Mauricio-Pochettino-365560

Dengan Mousa Dembele yang sudah bersetuju untuk meninggalkan White Hart Lane ke Napoli dengan harga £10 juta Januari 2016 nanti, apakah Tottenham Hotspurs sudah menyediakan dana yang cukup bagi membawa pemain nombor 10 AC Milan itu ke London.

dembele

Honda Keisuke menyertai AC Milan pada 2013 dengan perpindahan percuma dari kelab Russia, CSKA Moscow, hanya beraksi dalam 3 perlawanan bersama AC Milan. Dalam 2 perlawanan terakhir Serie A, Honda langsung tidak diberi peluang turun beraksi oleh pengurus dari Croatia, Sinisa Mihajlovic.

Prestasi semasa AC Milan juga tidak menentu sehingga mencipta sejarah terburuk AC Milan sejak 1938/39.

2015-10-14_15-40-57

“Saya tidak faham. Tiada sebab untuk menyalahkan pemain.”

“Milan telah mengambil ramai pemain sejak beberapa musim lepas, dan musim ini telah membelanjakan €100 juta. Ramai pemain yang mampu beraksi baik diperingkat antarabangsa namun tidak di sini.”

process

“Jika kita tidak belajar dari kekalahan ini, bermakna kita masih jauh untuk membina kembali prestasi kelab. Jika dilihat beberapa tahun lalu, saya  fikir ia jelas menunjukkanseperti tiada jalan untuk kembali ke prestasi terbaik jika tidak berbelanja besar. Anda mesti lakukannya, atau perlu mengubah kembali struktur kelab.”

” Pengurusan, jurulatih dan penyokong perlu sedar situasi ini. Untuk mengubah kelab, kita perlu tukar cara menilai semua sekali, samada pengarah, jurulatih, penyokong dan media. Jika ia tidak berlaku, anda perlu tunggu 5 hingga 10 tahun.”

Keisuke-Honda-611787

“Saya tahu saya akan dikecam hebat kerana pendapat saya ini, tetapi ia penting untuk masa depan kelab. Masalah Milan adalah jelas didepan mata.”

Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia

comments