World Trial 2015 In Winter: Peluang Terbuka Menjadi Pemain Profesional

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
hhh

Wase Corp. telah mengumumkan akan membuka satu lagi sesi trial di Jepun bagi membuka lebih  kepada pemain-pemain yang ingin mencuba nasib menjadi pemain bola sepak profesional.

3 orang panel telah dilantik untuk memilih pemain yang layak bagi menyertai program seterusnya pada Januari 2016. Terdapat 2 cara untuk pemain-pemain yang terus menunjukkan bakat mereka sehingga berjaya menandatangani kontrak profesional bersama kelab bola sepak.

  1. Selepas berjaya terpilih dalam sesi trial, mereka akan dihantar berlatih bersama kelab profesional di Asia/Eropah. Jika semasa menajalani latihan itu ada panel jurulatih kelab yang berminat untuk mengambil mereka bermain, mereka dibenarkan untuk terus menandatangani kontrak. Cara ini merupakan jalan paling pantas untuk menjadi pemain profesional, namun perlu bekerja keras untuk memikat hati panel / scout kelab Asia/Eropah.
  2. Cara kedua adalah, selepas terpilih dari sesi trial, mereka akan dihantar menyertai kem latihan di Antalya, Turki. Mereka akan berlatih disana dibawah kendali jurulatih yang akan ditetapkan. Sesi trial match dengan kelab-kelab eropah akan diadakan secara “regular basis” dan jika pemain berjaya menyajikan aksi terbaik mereka, panel pemilihan kelab akan menjemput mereka menyertai sesi latihan kelab. Dari situ, jika berjaya memikat hati panel pemilihan kelab, mereka akan ditawarkan kontrak untuk beraksi secara profesional.

fchart

Syarat-syarat penyertaan:

Umur 18-26 tahun
Terbuka untuk pemain Pro, amatur & tidak mengira warganegara.
Telah menghantar borang penyertaan.
Boleh menyertai sesi seterusnya pada Januari 2016 jika terpilih.
Bayaran yuran penyertaan adalah ¥15,000 (RM500)

Berikut adalah jadual sesi trial:

28 November 2015, 2:00 petang  hingga 5:00 petang – Tokyo
5 Disember 2015, 5:00 petang  hingga 9:00 malam – Kansai
6 Disember 2015, 2:00 petang hingga 5:00 petang – Oita,Kyushu

Siapa Panel Pemilihan ?

1. Boban Babunski (FK Rabotnicki, Macedonia)

p-1

2. Björn Zoëga (Knattspyrnufélagið Valur FC, Iceland)

p-3

3. Kato Akihiro (Cambodian Tiger FC, Kemboja)

p-2

Kejayaan program World Trial ini pada tahun-tahun lalu telah menunjukkan bahawa masih ad pemain yang mampu dibantu untuk mencapai cita-cita mereka bermain sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Koken Koroki – Merupakan bekas pemain pasukan J3, SC Sagamihara telah berjaya mengikat kontrak bersama pasukan divisyen 1 Macedonia, FK Mladost Carev Dvor September lalu.

kuroki-p

Selain itu seorang lagi pemain Shuhei Shimizu juga berjaya mengikat kontrak profesional, juga bersama pasukan divisyen 1 Macedonia, FK Mladost Carev Dvor. Shuhei sebelum ini hanya beraksi bersama pasukan Nankatsu SC dalam saingan Liga Tokyo ( Liga Divisyen 5 Jepun ).

aflo_qdwa_150404__0644

Menariknya, Hayato Hashimoto, pemain pasukan DRB Hicom, juga salah seorang bekas peserta program ini pada 2013. Beliau berjaya mengikat kontrak bersama Chonburi FC pada 2014 sebelum bermain di Malaysia pada 2015.

5a733ed5eaa7a8051de078deec871d65

Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia

comments