9 Pengurus Kelab Liga Perdana Inggeris Adalah Bekas Pemain Pertahanan Tengah
|
Hampir separuh dari pengurus kelab-kelab Liga Perdana Inggeris merupakan bekas pemain pertahanan tengah atau center half sepanjang karier mereka. 8 kelab diterajui oleh pemain tengah, 2 oleh pemain pertahanan kiri/kanan atau full back dan 1 penyerang.
Disebabkan majoriti kelab diuruskan oleh bekas pemain pertahanan tengah, artikel ini akan lebih fokus kepada 9 orang pengurus kelab seperti dibawah:
1) Manuel Pellegrini (Manchester City)
Diakui sebagai seorang pemain yang mempunyai kekuatan semasa diudara, bijak dan mampu membaca taktikal lawan walaupun secara teknikalnya beliau hanyalah seperti pemain biasa sahaja mengikut standard Amerika Selatan. Bermain bersama Universidad de Chile, beliau mendapat 28 kap bersama pasukan Chile dalam tempoh 13 tahun karier sehingga 1986, apabila beliau hanya mampu menyalahkan diri sendiri kerana tidak mengeluarkan bola lebih pantas sebelum disambar oleh penyerang muda Chile, Ivan Zamorano yang beraksi bersama Cobreandino pada umur 17 tahun. Pallegrini bersara sebagai pemain bola sepak selepas itu.
Beliau juga digelar sebagai “The Engineer” bukan disebabkan oleh strategi beliau sebagai pemain atau jurulatih tetapi kerana Pallegrini mempunyai Ijazah Kejuruteraan Awam!
2) Arsene Wenger (Arsenal)

Arsenal manager Arsene Wenger background pictures: As a player for Racing Club de Strasbourg, team group 1970’s. (back row No6)
Walaupun dikatakan ‘not much of a player’, beliau sudah cukup bagus untuk bermain dalam Liga Divisyen 1 Perancis dan UEFA Cup. Bermula sebagai seorang pemain tengah, Wenger telah menukar posisi kepada pemain pertahanan tengah dan membuat penampilan terakhir sebagai pemain ketika beraksi bersama Strasbourg.
Satu-satunya kelemahan yang membantutkan persaingan beliau ke peringkat lebih tinggi adalah kerana kurang pace.
3) Slaven Bilic ( West Ham United)
Seorang pemain pertahanan yang keras dan sukar ditembusi, mempunyai kebolehan memberikan arahan didalam padang dan tidak berkompromi dari segi fizikal dan verbal. Bilic bermain di Croatia dan Jerman, tetapi kemuncak karier beliau adalah bersama West Ham United sebelum bersara bersama Everton.
Pengalaman beraksi di beberapa buah liga negara yang berbeza membantu beliau untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan diakui sebagai salah seorang Pengurus Kelab yang terbaik dalam Liga Inggeris.
4) Mauricio Pochettino (Tottenham Hotspur)
Menikmati 17 tahun karier sebagai pemain bola sepak profesional di Argentina ( Newell’s Old Boys), Sepanyol (Espanyol) dan Perancis (PSG & Bordeaux), mendapat 20 kap antarabangsa Argentina dan menjaringkan 2 gol.
Penyokong England pasti masih segar dalam ingat apabila beliau seringkali cuba “mengacau” gerakan Owen di Piala Dunia 2002.
5) Ronald Koeman (Southampton)
Tidak seperti kebiasaan pemain pertahanan tengah, kelebihan utama Koeman adalah memotong hantaran jauh pihak lawan dan juga menjaringkan gol dari set piece.
Salah satu perkara yang masih segar dalam ingat peminat bola sepak adalah apabila beliau terlepas dari layangan kad merah selepas menjatuhkan David Platt dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 1994. Prestasi beliau semasa berada di Barcelona agak kurang memberangsangkan dan kemudiannya beraksi untuk 3 kelab gergasi Belanda, Ajax Amsterdam, PSV Eindhoven dan Feyernood. Pemain ini mempunyai teknik yang baik namun masih kekurangan dari segi kelajuan.
6) Jurgen Klopp (Liverpool)
“The Normal One” asalnya bermula sebagai seorang penyerang dan menghabiskan separuh dari kariernya di Mainz. Tetapi beliau menukar posisi kepada pertahanan tengah dan menunjukkan keselesaan beraksi walaupun dalam suatu perlawanan yang menguji fizikal. Mengakhiri karier pada 2001, selepas beraksi sebanyak 325 kali untuk pasukan senior Mainz, setelah gagal menembusi pasukan Eintracht Frankfurt dari pasukan remaja. Beraksi sebagai pemain pertahanan telah membentuk kebolehan komunikasi Jurgen Klopp serta memberikan inspirasi.
7) Gary Monk (Swansea)
Sebagai seorang jeneral dipadang, Monk telah menunjukan kualiti hingga ke dalam bilik persalinan sehingga perlantikan mengejutkan sebagai pengurus pasukan bagi menggantikam Micheal Laundrup pada 2014.
Monk menyertai Swansea pada 2004 dan merupakan watak penting dalam melonjakkan kembali prestasi Swansea sehinggalah mereka berjaya ke Wembley, Monk berada dibangku simpanan dalam pertemuan akhir Piala Liga bertemu Bradford City. Monk berjaya menunjukkan kualiti dan prestasi yang baik semasa mengambil lesen kejurulatihan dan menemui keseimbangan diantara mengekalkan gaya permainan Swansea dan memberikan inspirasi serta kesungguhan apabila tidak memegang bola.
8) Eddie Howe (AFC Bournemouth)
Siapa tahu betapa bagusnya Howe sebagai pengurus jika beliau tidak mengalami kecederaan? Howe terpilih dalam skuad U21 England pada kejohanan Toulon Tournament 1998 bersama-sama Frank Lampard, Jamie Carragher dan Emile Heskey dan beraksi dalam 2 perlawanan. Kecederaan lutut yang serius dialaminya semasa debut bersama Portsmouth selepas Harry Redknapp menandatanganinya. Cara beliau menguruskan pasukan dan ketelitiannya cukup mantap, terima kasih kepada kebolehannya yang mampu membaca permaianan seperti seorang pemain.
9) Sam Allardyce ( Sunderland )
Beliau digelar oleh rakannya sebagai “big-muzzied, lower-league defender”,namun Allardyce beraksi cemerlang seperti gelarannya “Big Sam”.
Beliau beraksi dengan 11 kelab berbeza dalam 19 tahun karier sehingga 1992 termasuk Bolton, Preston dan West Brom di England, Limerick di Ireland dan Tampa Bay Rowdies di US. Sunderland melantik beliau sebagai pengurus minggu lalu, kali ke 5 sebagai pengurus kelab Liga Perdana Inggeris.
Berikut pula merupakan gelaran Liga Perdana Inggeris yang pernah dicapai oleh pengurus mengikut posisi masing-masing.
Penyerang: Sir Alex Ferguson (Manchester United, X13), Kenny Dalglish (Blackburn Rovers)
Pemain tengah: Jose Mourinho (Chelsea, X3) Carlo Ancelotti (Chelsea), Roberto Mancini (Man City)
Pertahanan tengah: Arsene Wenger (Arsenal, X3), Manuel Pellegrini (Man City)
Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia
Next : Raul Gonzalez Umum Persaraan Dari Bola Sepak