Rasuah: Kapten Pasukan Kebangsaan Nepal Dan 4 Pemain Ditahan Polis
|
Kapten pasukan kebangsaan Nepal, Sagar Thapa dan 4 pemain lain, Sandip Rai, Anjan KC, penjaga gol Ritesh Thapa dan Bikash Singhditahan atas dakwaan rasuah.
Pegawai Polis, Sarbendra Khanal berkata 5 pemain tersebut ditahan selepas dikenalpasti menerima rasuah dari bookie di Malaysia dan Singapura untuk tewas dalam perlawanan.
Khanal berkata, semua pertuduhan itu berkaitan dengan perlawanan dari tahun 2009 termasuklah perlawanan bertemu Afghanistan, Bangladesh, Malaysia dan Filipina.
Polis berkata risikan telah dilakukan beberapa minggu selepas menerima maklumat berkenaan penglibatan pemain-pemain ini dalam menentukan keputusan perlawanan serta hubungan mereka bersama bookie antarabangsa.
Semua yang terlibat telah diambil penyata kewangan untuk bukti pendakwaan.
Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia
Next : Real Madrid Sedia Dana Bawa Alexis Sanchez Ke Santiago Bernabeu