Coventry City Berjaya Dapatkan Khidmat Joe Cole Secara Pinjaman Dari Aston Villa

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
0CB0D27C00000514-0-image-m-6_1445011877526

Bekas pemain antarabangsa England, Joe Cole telah bersetuju untuk menyertai pasukan Coventry City yang kini beraksi dalam League One, liga divisyen 3 England secara pinjaman dari Aston Villa.

Beliau yang sudah 56 kali beraksi bersama pasukan England menyertai Aston Villa tetapi mengalami masalah untuk mempamerkan aksi untuk diturunkan dalam perlawanan. Demi untuk mendapatkan masa bermain, beliau bersetuju untuk dipinjamkan ke pasukan divisyen 3 tersebut.

02A4AEBF00000514-3276187-image-m-17_1445012964470

Pengurus pasukan Coventry City Tony Mowbray berkata, beliau sangat gembira dengan kehadiran Joe Cole dalam pasukannya musim ini. Menurutnya lagi Joe Cole mempunyai pengalaman luas diperingkat antarabangsa samada bersama kelab atau negara dan ini pasti akan memberikan impak yang cukup baik kepada pasukan. Tony juga berkata beliau telah beberapa kali berjumpa dengan Joe dan menyaksikan perlawanan pasukan kami.

Dengan ketibaan Joe Cole ini akan dapat memberikan lebih pilihan di bahagian depan  kepada Tony Mowbray dan pemain-pemain sudah pasti tidak sabar untuk beraksi bersama jow Cole dalam perlawnan seterusnya.

comments