Raul Gonzalez Umum Persaraan Dari Bola Sepak

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
raul

Lagenda Real Madrid, Raul Gonzalez mengumumkan hari ini bahawa beliau akan bersara sepenuhnya dari bola sepak selepas berakhir musim 2015 dalam North America Soccer League (NASL).

Raul yang kini beraksi bersama New York Cosmos FC berkata,”「Saya telah bermain bola sepak cukup lama dan telah menjadi sebahagian dari hidup saya, keputusan ini bukan lah suatu perkara yang mudah. Tetapi, saya merasakan masanya sudah tiba. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini.

Beliau yang kini telah berusia 38 tahun, menyertai Real Madrid pada 1992 dari Atletico Madrid semasa beraksi dalam pasukan remaja. Tahun 1994 merupakan aksi pertama Raul dalam pasukan utama Real Madrid sehingga 2010. Selepas itu, beliau menyertai kelab Bundesliga, Schalke 04 sebelum ke Timur Tengah, beraksi bersama Al-Sadd dan tahun 2015 menyertai New York Cosmos.

Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Channel Malaysia

comments