5 Statistik Chelsea Dalam Saingan Liga Musim 2015/16
|
Berada dikedudukam ke 16 liga selepas 8 perlawanan dengan hanya mampu mengutip 8 mata hasil 2 menang, 2 seri dan 4 kekalahan membuatkan Chelsea mula tidak senang duduk. Berdasarkan keadaan sekarang, ia merupakan rekod terburuk kelab itu pada permulaan liga dalam tempoh 37 tahun.
5 statistik ringkas ini mungkin dapat menunjukkan dimana prestasi Chelsea musim ini berbanding musim lepas.
1) Barisan Serangan Yang Tumpul
Gandingan serangan Chelsea tidak berfungsi atau tumpul. Selepas 8 perlawanan, Diego COsta telah menjaringkan 9 gol dan Cesc Fabregas telah melakukan 7 assist musim lalu. Tetapi bagi situasi semasa, Diego Costa hanya menjaringkan 1 gol dan Cesc Fabregas melakukan 1 assist.
2) Banyak Dibolosi Lawan
Chelsea telah dibolosi sebanyak 17 gol musim ini, dan jika dibandingkan dengan musim lalu, mereka hanya bolos 8 gol dengan jumlah perlawnan yang sama. Sunderland, pasukan yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan musim ini, telah bolos 18 gol dan merupakan pasukan baling banyak bolos dalam liga musim 2015/2016.
3) Clean Sheet yang rendah
Walaupun penjaga gol, Asmir Begovic melakukan tugas yang baik semasa menggantikan Thibaut Courtois yang cedera, rekod pertahanan Chelsea sangat buruk apabila hanya mampu mempertahankan 1 clean sheet berbanding musim lalu 3 clean sheet pada peringkat yang sama.
4) Pertahanan Mudah Bocor
Barisan pertahanan Chelsea sering mudah bocor termasuklah gandingan veteran Gary Cahill dan John Terry telah menyaksikan Chelsea dibolosi 2 atau lebih gol dalam 7 dari 8 perlawanan musim ini. Perkara ini berlaku sebanyak 4 kali dari 38 perlawanan musim lepas dan 12 kali pada musim 2012/2013.
5) Rekod disiplin yang buruk
Mourinho mempertahankan anak buahnya dengan mengatakan mereka telah dilayan secara tidak adil oleh pengadil perlawanan. 14 layangan kad kuning dan dua kad merah kepada John Terry dan Thibbaut Courtois menunjukkan disiplin permainan yang buruk dari pemain Chelsea.
Next : Kuwait FA Digantung FIFA, JDT Mara Ke Final Piala AFC 2015