Kuwait FA Digantung FIFA, JDT Mara Ke Final Piala AFC 2015

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
qadsai_jdt2_sf_leg1

Berita baik untuk penyokong JDT: Kuwait FA telah digantung oleh FIFA dan JDT berpeluang mara ke perlawanan akhir Piala AFC 2015.

FIFA mengumumkan keputusan untuk menggantung Kuwait FA serta-merta semalam. Ini berikutan keputusan kerajaan Kuwait yang mahu melaksanakan undang-undang sukan baru yang mengancam autonomi dan kebebasan Kuwait FA daripada campur tangan kerajaan.

Undang-undang sukan baru tersebut dijadualkan akan mula berkuat-kuasa di Kuwait pada 27 Oktober 2015.

Menurut FIFA:

“Hasil daripada keputusan ini, tiada pasukan dari Kuwait boleh menyertai sebarang perlawanan sukan (menurut artikel 14, perenggan 3 Piagam FIFA), dan tiada ahli dan pegawai Kuwait FA boleh menyertai sebarang program pembangunan, kursus atau latihan daripada FIFA atau AFC.”

Perlawanan separuh akhir ke-2 Piala AFC 2015 antara JDT dengan kelab Kuwait, Al Qadsia SC dijadualkan akan berlangsung pada 20 Oktober 2015 di Larkin.

Melainkan kerajaan Kuwait menarik balik penguatkuasaan undang-undang baru tersebut sebelum 20 Oktober ini, penyertaan Al Qadsia SC dan Kuwait SC dalam Piala AFC 2015 akan terbatal secara automatik. JDT dan FC Istiklol akan mara ke final.

Ketika perlawanan pertama separuh akhir Piala AFC 2015 yang berlangsung di Kuwait, JDT ketinggalan 1-3.

qadsai_jdt_sf_leg1

Jika penggantungan ini kekal, JDT dan FC Istiklol akan membuat kemunculan pertama dalam sejarah final Piala AFC.

Sila like fanpage rasmi Football Channel Malaysia.

comments