Shkodran Mustafi Tolak Promosi Arak Tetapi Tetap Dipaksa
|
Pertahanan tengah Valencia, Shkodran Mustafi, terlibat dalam satu insiden kontroversi ketika menghadiri sidang media Valencia vs Malaga semalam.
Sebagai seorang penganut Islam, Mustafi tidak mahu terlibat dalam aktiviti mempromosikan arak. Jadi beliau menolak botol arak tersebut jauh daripadanya.
Bagaimanapun tindakan Mustafi tidak disenangi oleh pegawai media Valencia.
Sebagai salah satu penaja pasukan Valencia, syarikat arak berjenama Estrella mempunyai hak untuk mempromosikan produk mereka dalam sidang media Valencia.
Mustafi mengharapkan pegawai media tersebut memberikannya pengecualian. Tetapi terpaksa akur dengan polisi majikannya.
Lihat video insiden tersebut di bawah:
Prev : Kuwait FA Digantung FIFA, JDT Mara Ke Final Piala AFC 2015
Next : Keputusan perlawanan Piala Malaysia 2015.
Next : Keputusan perlawanan Piala Malaysia 2015.