FIFA World Cup U17: Korea Selatan Kalahkan Brazil 1-0
|
Skuad Taeguk Warrior ini telah berjaya mengalahkan pasukan Brazil 1-0 dalam perlawanan pembukaan kumpulan B di Estadio Francisco Sanchez Rumoroso, Coquinbo, Chile.
Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh pemain no 6, Jaewon Jang hasil hantaran ke belakang dalam kotak penalti dari pemain no 9, You Juan.
Brazil menguasai 63% permainan dengan 9 percubaan kearah gol dan hanya 1 tepat kesasaran. Skuad Choi Jincheul ini pula hanya menguasai 37% perlawanan juga dengan 9 percubaan kearah gol dan 5 daripadanya tepat kesasaran. 2 kad kuning dilayangkan kepada pemain Korea Selatan, PARK Myeongsu (KOR) 42′ , KIM Jungmin (KOR) 90’+4 dan 1 kad merah kepada Brazil, GEOVANE (BRA) 86′.
Benua Asia diwakili oleh 4 pasukan iaitu Korea Selatan, DPR Korea, Syiria dan Australia.
Saksikan juga aksi-aksi dalam perlawanan ini dalam video dibawah.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Sweden Bakal Bertemu Musuh Tradisi, Denmark Dalam Play-off EURO 2016