Keputusan perlawanan Piala Malaysia 2015.
|
Selepas tamat aksi antarabangsa, perlawanan TM Piala Malaysia 2015 diteruskan dengan 8 perlawnan berlangsung semalam.
Selangor yang bertemu T-Team di Shah Alam menang 2-1 dan seterusnya menjadi pasukan pertama layak ke pusingan suku akhir. 10 mata dari 5 perlawanan sudah cukup untuk Selangor, manakala pelaung masih terbuka luas untuk 3 lagi pasukan dalam kumpulan C iaitu T-Team, Kelantan dan Felda United. Mereka perlu menang dalam perlawanan seterusnya untuk bersaing ke peringkat suku akhir.
Dalam aksi kumpulan A pula, Lions XII terus membenam cabaran jiran mereka JDT II . Pasukan dari Singapura itu menang tipis,1-0 hasil jaringan Shahdan Sulaiman pada minit 49. Terengganu yang berkunjung ke Alor Star, Kedah, menang 3-1 keatas pasukan Helang Merah, hasil 2 jaringan Issey Nakajima Farran dan Hasmizam Kamarodin manakala gol tunggal tuan rumah dijaringan oleh Bang Sheung Hwan.
Kumpulan B, finalis AFC Cup 2015, JDT membelasah ATM 4-0 di Larkin. 4 gol JDT itu dijaringkan oleh Luciano Figueroa, Nazrin Nawi, S Chanturu dan Safiq Rahim. Di Kuching, Sarawak juga menang keatas Perak dengan jaringan 1-0, gol dari J.Partiban pada minit ke 34.
PKNS membelasah Pahang 4-1 di Kuantan manakala PDRM pula menang tipis 3-2 keatas pendatang baru liga super, Pulai Pinang.
Next : Gerd Zeise Ganti Radojko Avramovic Sebagai Ketua Jurulatih Myanmar