Sweden Bakal Bertemu Musuh Tradisi, Denmark Dalam Play-off EURO 2016

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
2295098_w2

Sweden bakal bertemu musuh tradisi dan jiran Nordic mereka, Denmark, dalam perlawanan play-off UEFA European Championship 2016. Undian play-off EURO 2016 tersebut dibuat di Nyon, Perancis semalam.

Keputusan undian perlawanan play-off semalam adalah seperti berikut:

Norway vs Hungary: 12 & 15 November
Bosnia and Herzegovina vs Republic of Ireland: 13 & 16 November
Ukraine vs Slovenia: 14 & 17 November
Sweden vs Denmark: 14 & 17 November

Info penting

• Ukraine belum pernah menang menentang Slovenia dalam 4 perlawanan sebelum ini – 2 seri dan 2 kalah. Ukraine juga pernah kalah kepada Slovenia dalam perlawanan play-off EURO 2000.

• Sweden dan Denmark sudah bertemu 104 kali, dengan Sweden menang 45 perlawanan dan Denmark 40 perlawanan. Sweden adalah satu-satunya pasukan yang menewaskan skuad Denmark yang menjuarai EURO 1992.

• Satu-satunya perlawanan antara Bosnia & Herzegovina dengan Republic of Ireland berlangsung di Dublin pada 2012. Aiden McGeady menjaringkan gol tunggal untuk memberikan kemenangan 1-0 kepada Ireland.

• Hungary pernah menang 6 kali dan kalah 5 dalam 16 pertemuan mereka dengan Norway. Kali terakhir mereka menang ke atas Norway adalah pada tahun 1981 di Budapest. Hungary menang 4-1.

Senarai pasukan yang sudah layak

France
Spain
Germany
England
Portugal
Belgium
Italy
Russia
Switzerland
Austria
Croatia
Czech Republic
Poland
Romania
Slovakia
Turkey
Iceland
Wales
Albania
Northern Ireland

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments