Berapakah Nilai Hak Penyiaran Liga Bola Sepak Utama Dunia Sebenarnya?
|
Pendapatan liga liga bola sepak utama dunia.
Berdasarkan sambutan dan prestasi liga, kami membuat satu ranking pendapatan liga bola sepak utama dunia. Ranking ini adalah berdasarkan kepada pendapatan yang diperolehi oleh penganjur liga dalam masa setahun. 4 liga utama dunia itu adalah:
1) English Premier League ( England )
2) Bundesliga ( Jerman )
3) La Liga ( Sepanyol )
4) Serie A ( Italy )
Dan kami juga cuba membawa satu liga utama di Asia sebagai perbandingan.
5) J League ( Jepun )
Berikut merupakan pendapatan yang diperoleh oleh liga liga diatas:
1) English Premier League ( England )
386 billion Yen (RM13.7 billion )
2) Bundesliga ( Jerman )
252 billion Yen (RM8.9 billion)
3) La Liga ( Sepanyol )
240 billion Yen (RM8.5 billion)
4) Serie A ( Italy )
213 billion Yen (RM7.6 billion)
5) J League ( Jepun )
56.7 billion Yen (RM2 billion)
Dapat dilihat dengan jelas, pendapatan liga-liga utama eropah jauh berbeza dengan pendapatan yang diperolehi oleh J League. Angka yang cukup jauh berbeza!
English Premier League jika dibandingkan dengan Bundesliga ditempat ke 2, lebih dari RM4.8 billion perbezaan kedua-duanya. Apakah faktor utama kepada perbezaan nilai pendapatan liga-liga ini?
Jawapannya adalah HAK PENYIARAN atau Broadcast Rights atau dalam bahasa Jepun Hoeikenryo.
Faktor ini merupakan penyumbang utama kepada perbezaan yang besar bagi English Premier League dan Bundesliga. Data pada 2013 menunjukkan Bundesliga menerima pendapatan dari hak penyiaran berjumlah RM2.3 billion manakala bagi English Premier League pula adalah berjumlah RM9.5 billion. J League pula hanya menerima RM177 juta sahaja.
Dengan meningkatnya pendapatan liga liga diatas membolehkan pihak penganjur liga mengagihkan pendapatan yang lebih tinggi kepada pasukan-pasukan yang bertanding.
Inilah yang cuba diperjuangkan di Malaysia sekarang kerana rendahnya pengagihan pendapatan dari hak penyiaran yang menyumbang kepada terbantutnya pembangunan-pembangunan yang sepatutnya sudah lama dijalankan.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Sumber: SoccerMane.com
Next : Arsenal Buat Kejutan, Tumbangkan Bayern Munich 2-0