Arsenal Buat Kejutan, Tumbangkan Bayern Munich 2-0
|
Di sebalik analisis pra-perlawanan dan jangkaan pundit bola sepak, Arsenal menunjukkan kepada dunia bahawa Bayern Munich boleh ditewaskan.
Di sebalik penguasaan bola Bayern Munich yang mencecah purata 68%, Arsenal kental bertahan. Tetapi sentiasa berbahaya apabila naik menyerang.
Malah Bayern perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Manuel Neuer yang menyelamatkan tandukan Theo Walcott pada minit 34′.
Penjaga gol Arsenal, Petr Cech, juga mempamerkan persembahan hebat untuk memastikan jentera serangan Bayern pulang tanpa gol. Cech berjaya menyelamatkan percubaan Thiago dan Robert Lewandowski pada awal separuh masa pertama.
Bagaimanapun kesilapan Neuer membaca sepakan percuma Santi Cazorla pada minit 77′ memberi peluang kepada Olivier Giroud untuk menanduk masuk gol pertama Arsenal.
Ketika Bayern sibuk mencari gol penyamaan, Hector Bellerin merampas bola daripada Thiago sebelum membawa bola ke kotak penalti dan membuat hantaran lintang kepada Mesut Ozil.
Neuer berjaya menepis keluar percubaan Ozil. Tetapi pembantu pengadil mengesahkan percubaan Ozil sudah melepasi garisan gol.
Kemenangan 2-0 Arsenal ini menghidupkan kembali peluang Arsenal untuk layak ke peringkat seterusnya dalam Champions League.
Komen Olivier Giroud:
“Kami bermain dan bertahan dengan baik sekali. Bayern menguasai bola. Mereka mendominasi perlawanan tetapi kami dah agak dan strategi kami berjaya mendapatkan gol untuk mengalahkan mereka.”
“Kami perlu menang untuk kekal di Champions League dan cuba layak ke peringkat seterusnya. Dan kami perlu berterima kasih kepada Petr Cech juga. Beliau sangat hebat tadi.”
Komen Philip Lahm:
“Dalam saat-saat penting, kami gagal menjaringkan gol. Arsenal sangat berbahaya dalam serangan balas. Mereka adalah lawan terkuat dalam kumpulan kami.”
Keputusan lain
Kumpulan E
BATE 0-2 Barcelona
Bayer Leverkusen 4-4 AS Roma
Kumpulan F
Arsenal 2-0 Bayern Munich
Dinamo Zagreb 0-1 Olympiacos
Kumpulan G
Porto 2-0 Maccabi Tel-Aviv
Dynamo Kiev 0-0 Chelsea
Kumpulan H
Zenit St. Petersburg 3-1 Olympique Lyonnais
Valencia 2-1 KAA Gent
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Top 5 Penjaring Gol Paling Muda Liga Premier Thailand