Juventus Beli Penyerang Muda Avezzano FC, Kelab Serie D
|
Sky Sport Italy melaporkan bahawa Juventus hampir pasti membawa penyerang muda berumur 19 tahun dari pasukan Avezzano, pasukan yang beraksi dalam Serie D.
Perpindahan Alessandro Del Massimo,19, menyertai pasukan gergasi Italy dikatakan bernilai 1 juta Euro. Musim lepas beliau menjaringkan 14 gol semasa beraksi bersama pasukan divisyen 5, Alba Adriatica.
Jika ini berlaku, ia bukanlah pertama kali Juventus membawa pemain yang tidak dikenali ke Turin. Moreno Toricelli yang beraksi sebagai pemain amatur bersama kelab Caratesa dan pada masa yang sama bekerja disebuah kilang. Julai 1992, Juventus mengadakan perlawanan pra musim dengan Cartesa dan pada masa itu ketua jurulatih Juventus, Giovanne Trapattoni tertarik dengan gaya permainan Toricelli. Selepas itu Juventus membeli Moreno Toricelli dari Caratesa dengan harag 50 juta Lira.
Next : Kevin de Bruyne Selamatkan Man City, Jaring Gol Kemenangan 2-1