Kevin de Bruyne Selamatkan Man City, Jaring Gol Kemenangan 2-1
|
Kevin de Bruyne menjaringkan gol pada minit 91′ untuk memberikan kemenangan 2-1 Manchester City ke atas Sevilla dalam perlawanan kumpulan D Champions League.
Ini adalah gol ke-5 de Bruyne dalam 7 perlawanan bersama City.
Sevilla terlebih dahulu mendahului City apabila hantaran lintang Vitolo disudahkan oleh Yevhen Konoplyanka.
City tidak mengambil masa yang lama untuk menjaringkan gol penyamaan apabila rembatan jarak dekat Wilfried Bony hasil gerakan Yaya Toure dibias oleh Adil Rami.
Di sebalik penguasaan bola Man City, serangan balas yang pantas daripada Sevilla sentiasa mendatangkan bahaya.
Tetapi buat kali kedua berturut-turut, anak buah Manuel Pellegrini berjaya menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan untuk membawa pulang 3 mata.
City kini berada di tangga kedua kumpulan D, di belakang Juventus.
Keputusan lain
Kumpulan A
Malmö FF 1-0 Shakhtar Donetsk
Paris St Germain 0-0 Real Madrid
Kumpulan B
CSKA Moscow 1-1 Manchester United
Vfl Wolfsburg 2-0 PSV Eindhoven
Kumpulan C
Galatasaray 2-1 Benfica
Atletico Madrid 4-0 FC Astana
Kumpulan D
Juventus 0-0 Borussia Mönchengladbach
Manchester City 2-1 Sevilla
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : 8 Pemain Yang Menjaringkan Gol Bertemu Manchester United Dan Manchester City Dalam Champions League