Real Madrid Kekal Sebagai Kelab Paling Kaya Di Eropah
|
Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan oleh UEFA, Real Madrid mengekalkan status sebagai kelab paling kaya di Eropah apabila mencatat pulangan berjumlah 550 juta Euro bagi tahun berakhir Disember 2014.
Selain itu, Real Madrid juga mencatat kutipan tiket berjumlah 121 juta Euro, belanjawan gaji pemain sebanyak 270 juta Euro dan memiliki pasukan bola sepak paling mahal di eropah dengan nilai 316 juta Euro. PSG pula berada ditempat kedua pasukan paling mahal di Eropah dengan nilai 276 juta Euro.
Manchester United pula mencatat pulangan sebanyak 519 juta Euro dan berada ditempat kedua dan Bayern Munich ditempat ketiga dengan nilai pulangan sebanyak 486 juta Euro. Manakala bagi juara trebel, Barcelona, berada di tempat ke 4 dengan jumlah pulangan sebanyak 485 juta Euro.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Schweinsteiger Saman Syarikat Pembuat Action Figure Tentera Nazi