Schweinsteiger Saman Syarikat Pembuat Action Figure Tentera Nazi
|
Bastian Schweinsteiger telah menfailkan saman terhadap syarikat pembuat aksi figura tentera Nazi Perang Dunia Kedua selepas syarikat itu memasarkan aksi figura itu berdasarkan nama dan mukanya.
Aksi figura itu diberi nama ‘Bastian’ dan nampak saling tak tumpah dengan pemain tengah Manchester United tersebut.
Ia memakai pakain seragam veteran unit Wehrmacht, lengkap dengan logo Parti Nazi pimpinan Adolf Hitler semasa Perang Dunia Kedua.
Antara aksi figura ‘Bastian’ lain yang turut boleh dibeli adalah model beliau memakai baju seragam musim sejuk, membawa bekas air, beg galas dan beberapa peralatan lain.
Dalam satu model lain, Bastian turut mempunyai pingat reben yang diberi kepada tentera Nazi yang terlibat dalam operasi Blitzkrieg pada musim sejuk di Russia pada tahun 1941.
Aksi figura tersebut dihasilkan oleh sebuah syarikat Hong Kong, DiD.
DiD menamakan aksi figura tersebut ‘Bastian’. Mereka memberi kenyataan rupa aksi figura tersebut yang menyerupai muka Bastian Schweinsteiger merupakan ‘satu kebetulan’.
“Aksi figura ini dihasilkan berdasarkan rupa paras orang Jerman yang tipikal, Kami percaya kebanyakan orang Jerman kelihatan seperti ini. Bastian pula adalah nama biasa orang Jerman.”
Peguam Schweinsteiger, Ulrich Amelung, berkata penghasilan aksi figura ini adalah pencabulan hak imej anak guamnya.
Dan menurut Amelung, ia ‘mencemarkan nama Bastian Schweinsteiger kerana mengaitkan imejnya dengan tragedi kemanusiaan paling buruk dalam sejarah’.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : AKSI PALESTIN-MALAYSIA 12 NOVEMBER KEKAL DI HEBRON