Bekas Pemain Levante Bakal Beraksi Untuk Melaka
|
Pernah beraksi dalam saingan La Liga, seorang bekas pemain tengah Levante telah pun tiba bagi menjalani sesi percubaan bersama pasukan Melaka.
Pemain itu, Gorka Larrea García, pernah beraksi bersama beberapa kelab tersohor Liga Sepanyol seperti Real Sociedad, Levante, Almeria dan Numancia sebelum berhijrah ke Montreal Impact. Beliau juga pernah membuat penampilan bersama skuad U23 Sepanyol pada 2004.
Semasa bersama Montreal Impact, Gorka Larrea juga merupakan rakan sepasukan pemain import Terengganu, Issey Nakajima Farran dan juga bekas pemain Italy Marco Di Vaio.
Jika segalanya berjalan lancar dan beliau terpilih bermain untuk pasukan Melaka dalam saingan Liga Perdana 2016, mampukah beliau membantu Melaka untuk mempamerkan aksi memukau dengan reputasi sebagai bekas pemain La Liga beberapa tahun dahulu. Mungkin prestasi baik setanding dengan bekas sepasukannya, Issey Nakajima Farran ditagih pasukan Melaka.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : 11 Pemain Terbaik Yang Akan Tamat Kontrak Akhir Musim 2015/16