FIFA World Cup U17: Korea Selatan mara ke peringkat kalah mati
|
Pasukan U17 Korea Selatan yang kini beraksi dalam FIFA World Cup U17, mara ke peringkat kalah mata apabila menjadi juara kumpulan B dengan mengutip 7 mata hasil dari 2 kemenangan dan 1 seri.
Skuad bimbingan Choi Jin Cheul itu menewaskan Brazil dan Guinea 1-0 pada 2 perlawanan pertama, dan seri 0-0 bertemu England pada perlawanan ketiga. Brazil juga turut mara ke pusingan kalah mati selepas 2 kemenangan keatas Guinea dan England membolehkan mereka mengutip 6 mata sebagai naib juara kumpulan B.
Dipusingan kalah mati, juara dan naib juara kumpulan ( 6 kumpulan ) layak secara automatik, dan 4 lagi pasukan akan dipilih dari kedudukan tempat ketiga terbaik. Korea Selatan akan menanti pasukan ketiga terbaik dari 4 pasukan tersebut.
Video highlight perlawanan Korea Selatan diperingkat kumpulan.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Video: 10 Tahun Lalu Cristiano Ronaldo “Buli” Jesse Lingard