Gianluigi Donnarumma Penjaga Gol Termuda Beraksi Dalam Serie A Pada Usia 16 Tahun

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Donnarumma

Gianluigi Donnarumma, berusia 16 tahun 8 bulan apabila diberikan peluang oleh pengurus AC Milan, Sinisa Mihajlovic, untuk beraksi dalam perlawanan bertemu Sassuolo.

Pemain muda hasil daripada akademi AC Milan ini mengenepikan bekas penjaga gol Real Madrid, Diego Lopez yang berada dibangku simpanan.

Sejarah Ringkas Gianluigi Donnarumma

Beliau telah diberikan tempat dalam skuad utama AC Milan sebagai penjaga gol ketiga oleh Sinisa Mihajlovic musim ini. Donnarumma juga merupakan salah seorang pemain AC Milan ke China bagi perlawanan pra musim disana, dimana AC Milan bertemu dengan pasukan setempat Inter Milan dan Real Madrid dalam perlawanan 2015 International Cup.

Pada 25 Julai 2015, Donnarumma diletakkan sebagai pemain simpanan semasa pertemuan dengan Inter Milan dimana Mexes menjaringkan gol kemenangan mereka. 5 hari kemudian, beliau melakukan debut pertama bersama AC Milan apabila menggantikan Diego Lopez pada minit ke 72 dalam pertemuan menentang Real Madrid. Beliau berjaya mempertahankan gawangnya dari dibolosi sehingga masa penuh perlawanan yang diheret hingga kepada penentuan sepakan penalti.

2DC3FC8800000578-0-image-m-22_1445782685226

AC Milan tewas 9-10 kepada Real Madrid dari 11 sepakan. Tony Kroos tidak berjaya menyudahkan 1 sepakan dan 2 sepakan penalti AC Milan gagal disudahkan oleh Barra dan Donnarumma sendiri!

25 Oktober 2015, sekali lagi Sinisa Mihajlovic meletakkan beliau sebagai penjaga gol utama untuk pertemuan dengan Sassuolo Calcio selepas 3 perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

Gianluigi Donnarumma  juga merupakan anggota skuad U17 Italy dalam kejohanan UEFA European Championship 2015, dimana mereka mara ke peringkat suku akhir sebelum ditewaskan oleh Perancis U17 yang juga juara kejohanan itu.

Gianluigi juga mempunyai seorang abang, Antonio Donnarumma,25, yang juga beraksi diposisi penjaga gol bersama Bari dalam Serie B.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments