Eiji Kawashima Sertai Latihan Bersama Leceister City

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
BRUGGE, BELGIUM - APRIL 21:  Standard Liege Goalkeeper, Eiji Kawashima in action during the Jupiler League match between Club Brugge and Royal Standard de Liege at the Jan Breydel Stadium on April 21, 2014 in Brugge, Belgium.  (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Eiji Kawashima menyertai latihan di Leceister City bagi membolehkan beliau terus meningkatkan prestasi untuk bersaing dalam mendapatkan tempat di mana-mana kelab.

Perjalanan Karier Eiji Kawashima.

Memulakan kerjaya bola sepak semasa dibangku persekolahan. Ketika itu, Eiji berada di sekolah Yononishi Junior High School dan selepas itu Urawa Higashi High School, dimana beliau beraksi sebagai pemain amatur. Walaupun mempunyai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik sehingga mendapat tawaran dari beberapa universiti, Eiji membuat keputusan untuk menjadi seorang pemian bola sepak profesional.

mem_scene_01

Eiji menjalani percubaan bersama Urawa Reds namun beliau gagal. Selepas itu pengurus Omiya Ardija, Norio Sasaki membawa beliau ke Omiya Ardija pada 2001.

Sejurus selepas menyertai Omiya Ardija, Eiji dihantar untuk berlatih bersama pasukan Serie A, Parma AC. Kelab gergasi Itali itu berminat untuk menandatangani Eiji tetapi telah ditolak oleh Omiya Ardija.

4e43f506

2004, Eiji menyertai Nagoya Grampus dan disana beliau bersaing untuk mendapatkan tempat penjaga gol bersama lagenda Jepun, Seigo Narazaki. 3 tahun kemudian, Kawasaki Frontale membuat keputusan untuk membawa Eiji ke Tamagawa dengan nilai perpindahan berjumlah 150 juta Yen atau RM5.5 juta, nilai perpindahan terbesar Jepun ketika itu. Beliau berjaya membantu Kawasaki Frontale untuk layak ke AFC Champions League 2007, kelab Jepun pertama layak ke kejohanan itu.

Selepas Piala Dunia 2010, Eiji menyertai pasukan Liga Pro Belgium, Lierse SK. Disini beliau 2 kali dinobatkan sebagai MVP pada 2010 dan 2011. Beliau juga dipilih untuk menjadi kapten pasukan pada musim 2011. Insiden Kawashima-FUkushima yang dilaungkan oleh penyokong Germinal Beerschot telah memusnahkan moral Eiji untuk beraksi dengan baik dan pada 18 Julai 2012, Eiji menyertai Standard Liege.

eiji

Disebabkan prestasi yang tidak menentu, Eiji tidak mendapat peluang bermain yang banyak. Kontrak 3 tahun bersama Standard Liege berakhir dan Eiji kekal berada di eropah untuk berlatih secara bersendirian.

Sekarang Eiji berada di England, menyertai pasukan Leceister City sebagai pelatih untuk meningkatkan kembali prestasi.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments