Zola Sedia Bawa Terry Ke Al Arabi Musim Depan

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
image

Lagenda Chelsea, Gianfranco Zola, menyatakan secara terbuka beliau bersedia untuk membawa John Terry ke Arab Saudi untuk menyertainya bersama kelab Al-Arabi.

Zola yang kini merupakan ketua jurulatih Al-Arabi selepas melepaskan jawatan sebagai pengurus Cagliari musim lalu, cukup berminat untuk menandatangani bekas rakan sepasukannya ke Timur Tengah selepas Terry masih belum menyambung kontrak baru bersama Chelsea.

image

Dengan polisi Chelsea yang hanya akan memberikan 1 tahun kontrak sahaja kepada mana-mana pemain berumur lebih 30 tahun, John Terry akan bebas selepas tamat musim 2015/16 nanti. Musim ini juga Terry banyak menghabiskan masa duduk dibangku simpanan dan ini juga dilihat Zola sebagai faktor penguat untuk dijadikan “escape plan” kepada Terry.

Namun begitu, Fenerbache juga tidak ketinggalan untuk membawa Terry ke Turki selepas mereka berjaya memiliki Robin Van Persie dan Nani musim lalu. Kehadiran John Terry di posisi pertahanan dilihat sebagai tonik untuk memperbaiki prestasi bahagian pertahanan Fenerbache.

comments