11 Penjaga Gol Dengan Rekod Clean Sheet Terbaik Liga Inggeris

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Joe Hart Manchester City

Selepas keputusan seri tanpa jaringan ketika pertemuan Manchester derby baru-baru ini, menyaksikan Joe Hart telah berjaya melebarkan rekod “clean sheet” beliau kepada 110 perlawanan. Dengan rekod ini membolehkan beliau berada di tangga ke 12 rekod clean sheet di Liga Inggeris.

Kami bawakan kepada anda 11 lagi penjaga gol yang mempunyai rekod clean sheet tertinggi dalam sejarah Liga Inggeris.

 

11) Shay Given – 113 Clean Sheet
Beliau sekarang masih beraksi dalam Liga Inggeris bersama Stoke City. Penjaga gol Ireland ini juga pernah beraksi dengan Blackburn Rovers, Newcastle United, Manchester City dan Aston Villa sepanjang kariernya.

image

10) Tim Howard – 128 Clean Sheet
Pemain dari Amerika Syarikat pertama beraksi dalam Liga Perdana Inggeris bersama Manchester United dari MetroStars. Namun beliau lebih banyak menabur jasa kepada Everton.

image

9) Peter Schmeichel – 129 Clean Sheet
Penjaga gol lagenda Denmark dan Manchester United ini meneruskan karier di Sporting Clube Portugal, Aston Villa dan Manchester City selepas keluar dari Manchester United.

image

8)  Edwin Van Der Sar – 132 Clean Sheet
Sebelum Van der Sar menjuarai Champions League dan Liga Perdana Inggeris bersama Manchester United, Fulham telah membawa beliau ke Craven Cottage dari gergasi Serie A, Juventus.

image

7) Brad Friedel – 132 Clean Sheet
Warga Amerika kedua selepas Tim Howard. Friedel beraksi untuk Liverpool, Blackburn Rovers, Aston Villa dan Tottenham Hotspur. Pada umur 44 tahun beliau bersara dari bola sepak.

image

6) Pepe Reina – 134 Clean Sheet
Penjaga gol Napoli yang berusia 33 tahun ini beraksi bersama Liverpool selama 9 musim dan memenangi FA Cup, League Cup dan UEFA Super Cup.

image

5) Nigel Martyn – 138 Clean Sheet
Penjaga gol bernilai jutaan Pound apabila Crystal Palace membeli beliau dari Bristol Rovers pada 1989.Selepas itu Nigel Martyn beraksi untuk Leeds United dan Everton sebelum bersara.

image

4) David Seaman – 142 Clean Sheet
Seorang penjaga gol lagenda Arsenal, dan beraksi untuk kelab itu dari 1990 hingga 2003 sebelum menyertai Manchester City. David Seaman hanya berada di City selama 1 musim sebelum bersara. Pernah dipanggil untuk beraksi semula pada November 2005, namun beliau terpaksa menolak tawaran itu kerana akan menyebabkan isu berkaitan insuran kecederaan yang diterimanya sebelum itu.

image

3) Mark Scharwzer – 152 Clean Sheet
Mark Scharzer masih lagi bermain dalam Liga Perdana Inggeris bersama Leceister City. Selepas berkelana ke England menyertai Bradford dari Kaiserslautern, Scharzer mencipta nama bersama Maddlesbrough sebelum bermain untuk Fulham dan Chelsea.

image

2) David James – 170 Clean Sheet
David James. Bekas pemain Watford, Liverpool, Aston Villa, West Ham United, Manchester City dan Portsmouth. Rekod beliau sebelum ini sudah berjaya diatasi oleh seorang lagi penjaga gol lagenda, Petr Cech yang kini beraksi bersama Arsenal.

0264810

1) Petr Cech – 171 Clean Sheet
Apakah Cech mampu membantu Arsenal mencari kejuaraan liga pertama selepas kali terakhir melakukannya pada 2004? Cech hadir ke England bersama Chelsea dari kelab liga Perancis, Rennes pada 2004.

image

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

 

 

comments