Julian Nagelsmann Pengurus Paling Muda Bundesliga

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
3000

Hoffenheim hari ini mengumumkan Julian Nagelsmann sebagai pengurus baru kelab itu berkuatkuasa pada musim 2016/17. Dengan pengumuman ini beliau telah mencipta rekod sebagai pengurus paling muda mengendalikan pasukan dalam Bundesliga.

Julian Nagelsmann,28, merupakan ketua jurulatih pasukan Hoffenheim U19 sekarang dan sebelum ini beliau pernah mencipta rekod sebagai penolong pengurus paling muda Bundesliga ketika berumur 26 tahun pada 2013.

Karier beliau sebagai pemain bola sepak cuma sehingga umur 20 tahun apabila mengalami kecederaan serius semasa beraksi bersama pasukan FC Augsburg II pada 2008. Selain itu, beliau juga pernah beraksi diperingkat senior bersama 1860 Munchen II.

Hoffenheim telah menamatkan kontrak pengurus sebelum ini Markus Gisdol, dan memberikan tugas sebagai pengendali sementara kepada Huub Stevens sehingga tamat musim ini. “Saya ingin mengucapkan terima kasih dan semua yang telah memberikan peluang dan  kepercayaan kepada saya”, kata Julian Nagelsmann.

Kelab itu, yang dimiliki oleh billionaire Dietmarr Hopp, kini berada pada kedudukan ke 17 dengan hanya mengutip 6 mata dar1 10 perlawanan.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

 

comments