Persib Bandung Ditipu Penganjur, Menang Menentang Pasukan Amatur Malaysia

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
persib-bandung-malaysia-all-star1

Juara Piala Presiden 2015, Persib Bandung menyangka mereka menentang pasukan pilihan Liga Super Malaysia pada 24 Oktober 2015 lepas.

Tetapi apa yang mereka tak tahu, Persib Bandung sebenarnya menentang skuad Piala Raja-Raja Negeri Sembilan yang terdiri daripada beberapa pemain amatur, menurut sumber dari fanpage Facebook Harimau Malaya.

persib-bandung-malaysia-all-star

Persib Bandung menang 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Si Jalak Harupat Soreang Bandung yang dihadiri ribuan penyokong tuan rumah.

Persib Bandung menurunkan skuad simpanannya pada separuh masa pertama. Tetapi hanya mendahului 1-0. Pada separuh masa kedua, barulah Persib Bandung menurunkan majoriti skuad utamanya.

Gol tuan rumah dijaringkan oleh Rudiyana, Ilija Spasojevic dan pemain terbaik Piala Presiden 2015, Zulham Zamrun (2 gol).

Manakala, gol saguhati ‘Pilihan Liga Super Malaysia’ dijaringkan oleh Muhd Hazwan Rahman.

Perlawanan persahabatan yang dikomersilkan dan mendapat liputan stesen TV Indonesia, MNCTV ini dipercayai telah lama berlangsung tanpa pengetahuan komuniti peminat bola sepak Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri.

Hasil carian di Youtube menunjukkan kali pertama perlawanan ini berlangsung adalah pada 2 Oktober 2014 yang lepas. Dalam perlawanan tersebut, Persib Bandung menang 3-0.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments