Gaji £500,000 Seminggu Kepada Neymar Untuk Kekal Di Barcelona

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Neymar

Gergasi La Liga, Barcelona, diberitakan menawarkan kontrak baru kepada bintang penyerang mereka, Neymar, dengan gaji £500,000 seminggu selepas tersebar berita Manchester United cuba untuk membawa bintang Brazil itu ke Old Trafford.

Kontrak Neymar sekarang hanya akan menjamin kedudukan beliau bersama Barcelona sehingga 2018, dan jika tawaran kontrak baru ini diterima, Neymar akan menjadi pemain bergaji ke 3 termahal selepas Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Gaji Cristiano Ronaldo menerima £288,000 seminggu selepas cukai, dan jika dikira sebelum cukai, Real Madrid perlu membayar £575,000 seminggu. Difahamkan cukai pendapatan keatas Cristiano Ronaldo adalah sebanyak 52%.

Manakala bagi Lionel Messi pula menerima £256,000 seminggu sebelum cukai. Berdasarkan cukai pendapatan 52%, Barcelona perlu membayar sebanyak £500,000 seminggu kepada Messi!

Menurut Presiden Barcelona,  Josep Maria Bartomeu, musim ini adalah musim dimana kami akan memulakan perbincangan mengenai kontrak baru Neymar. Kami akan membuat pengumuman selepas semuanya telah diselesaikan.

Perkara ini menjadi lebih hangat apabila disahkan oleh wakil Neymar sendiri, Manchester United sudah mengadakan perbincangan awal untuk membawa beliau ke Old Trafford, namun masih belum ada kata putus.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

 

comments