Louis Van Gaal Sedia Bayar €40 Juta Untuk Hakan Calhanoglu
|
Sebuah laman web Jerman hari ini mendedahkan bahawa Manchester United bersedia untuk membayar €40 juta untuk mendapatkan bintang muda Bayern Leverkusen, Hakan Calhanoglu.
Manchester United telah menghantar “scout” untuk meneliti pretasi Calhanoglu dan terbaru mereka dilihat berada di stadium dalam perlawanan UEFA Champions League antara Bayern Leverkusen dan AS Roma minggu lalu.
Hakan Calhanoglu musim ini telah mencatatkan 3 gol dan 3 assist dalam semua perlawanan Bayern Leverkusen.
Namun jika dilihat dari senarai pemain Manchester United, posisi yang hampir sama dengan Hakan Calhanoglu mampu diisi oleh pemain seperti Juan Mata, Ander Harerra dan Andreas Perreira juga sedang menanti untuk diturunkan. Mereka lebih memerlukan pemain dibahagian serangan untuk menajamkan penyudah didepan gol daripada seorang pemain dibahagian tengah.
Next : Pertahanan Belanda Danny Van Bakel Mahu Wakili Vietnam