Perancis Bersedia Terima Barcelona Masuk Ligue 1

Pejuang pro-kemerdekaaan Catalonia mendapat berita gembira apabila Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls membuka pintu ke Ligue 1 kepada Barcelona jika mereka mencapai kemerdekaan daripada Sepanyol.
Menurut sebuah artikel majalah ‘Challenges’, Valls yang juga merupakan peminat Barcelona ingin menawarkan tempat di Ligue 1 kepada kelab Catalan itu.
Beliau dipetik berkata:
“Kalau kita tengok di Ligue 1 sekarang pun, Monaco bermain di liga Perancis.”
Peraturan dalam La Liga jelas melarang penyertaan kelab dari luar Sepanyol. Ini bermakna jika Catalonia mencapai kemerdekaan, Barcelona dan Espanyol tidak dibenarkan menyertai La Liga.
Bagaimanapun berdasarkan senario politik Sepanyol ketika ini, matlamat nasionalis pro-kemerdekaan Catalonia masih jauh lagi untuk direalisasikan.
Walaupun 2 parti pro-kemerdekaan Catalan, Junts pel Sí (Together for Yes) dan Popular Unity Candidacy (CUP) menang 72 daripada 135 (47.8%) kerusi Parlimen, rata-rata rakyat Catalonia masih berbelah bahagi sama ada untuk berpisah atau mengekalkan hubungan dengan kerajaan persekutuan Sepanyol yang berpusat di Madrid.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
ABOUT THE AUTHOR
Avid
Loving football since the day his dad cursed his heart out when Selangor's Cristian Mustaca missed a sitter during 1996 Malaysian Cup final against Sabah.
Next : Gaji £500,000 Seminggu Kepada Neymar Untuk Kekal Di Barcelona