Pemain Vietnam Nguyen Tuan Anh Sertai Yokohama FC Secara Pinjaman 2016

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Nguyen_Tuan_Anh_zing

Pemain muda Vietnam berusia 20 tahun, Nguyen Tuan Anh bakal menyertai pasukan J2 League, Yokohama FC secara pinjaman selama 1 musim mulai 2016.

Perbincangan mengenai perkara ini sudah hampir ke peringkat akhir dan hanya menunggu pengumuman rasmi mengikut kata pengurus pasukan Hoang Anh Gia Lai (HAGL). Bekas pemain skuad U19 Vietnam ini telah dinaikkan ke pasukan senior HAGL dan membuat 24 penampilan musim ini.

tuan-anh-1
“Nguyen Tuan Anh akan bermain bersama Yokohama FC selama 1 musim secara pinjaman. Kami tidak boleh mendedahkan butiran mengenai perkara ini buat sementara waktu, bagaimanapun perkara ini sudah diperingkat akhir perbincangan.”

Perpindahan ini juga bakal menyaksikan Vietnam akan mempunyai 2 pemain beraksi dalam J2 League selepas Nguyen Cong Phuong saha akan beraksi bersama Mito Hollyhock juga secara pinjaman musim depan.

Pemain ini juga beraksi dalam perlawanan menentang skuad Malaysia U23 dalam kelayakan 2015 AFC Championship, dimana Malaysia tewas 1-2.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments