Pertahanan Belanda Danny Van Bakel Mahu Wakili Vietnam

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
20150522-u23-vn-myanmar-dj-myno-khuay-dong-san-cam-pha-11

Selepas memperolehi hak kerakyatan Vietnam, pertahanan kelahiran Belanda Dabby van Bakel menyatakan hasratnya untuk mewakili skuad kebangsaan Vietnam.

Pemain berusia 32 tahun itu berjaya melengkapkan kerja-kerja dokumentasi yang membolehkan beliau memperolehi dwi-kerakyatan pada minggu lepas.

Van Bakel adalah bekas pemain PSV Eindhoven. Belaiu menyertai Becamex Binh Duong pada 2011 dan akan bermain untuk Dong Nai pada musim hadapan. Sejak 2 musim lepas, beliau bermain di Thanh Hoa sehingga ditabalkan sebagai pemain import terbaik di V-League.

Van Bakel jelas nampak gembira selepas mendapat kerakyatan Vietnam, dan akan menyahut panggilan ketua jurulatih Vietnam sekiranya diberi peluang.

“Saya dah hidup dan bekerja di Vietnam sejak 5 tahun lepas dan segala-galanya tiada masalah.”

Van Bakel juga telah mengahwini artis terkenal Vietnam, DJ Myno. Mereka mempunyai seorang anak.

“Saya sedang merealisasikan impian saya (bermain secara profesional) dan saya takkan menolak panggilan skuad kebangsaan Vietnam walaupun ianya sukar kerana polisi VFF,” kata van Bakel.

danny-van-bakel3

Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) masih keberatan untuk menggunakan pemain naturalisasi walaupun sudah hampir puluhan pemain import V-League dinaturalisasikan.

Pemain import pertama yang dinaturalisasikan di Vietnam adalah penjaga gol Brazil, Fabio Santos yang bermain untuk Dong Tam Long An pada 2001.

Rata-rata peminat bola sepak Vietnam berpendapat pemain import hanya berminat untuk mendapat hak kerakyatan Vietnam semata-mata kerana wang.

Dan berdasarkan rekod, pendapat majoriti peminat bola sepak Vietnam itu ada betulnya. Hampir semua pemain naturalisasi menikmati kenaikan gaji selepas mendapat kerakyatan Vietnam.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

Sumber: Football Channel Asia

comments