Terengganu Tamatkan Kontrak Paolo Rangel
|
Terengganu dan Paolo Rangel hari ini mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak masing-masing selepas perbincangan di antara kedua-dua pihak berlangsung di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini.
Setiausaha Agong PBSNT, Haji Arpin Draman memaklumkan bahawa pemain kelahiran Brazil tersebut kini bebas untuk mencari pasukan baru untuk musim 2016 sama ada dalam Liga Malaysia atau liga luar negara.
Dengan persetujuan itu, PBSNT memberi banyak masa kepada Rangel untuk mencari pasukan baru beliau musim depan dan pada masa yang sama membolehkan Sang Penyu memulakan proses untuk mencari pengganti beliau.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Sumber : Terengganufa.my
Next : Pemain Vietnam Nguyen Tuan Anh Sertai Yokohama FC Secara Pinjaman 2016