Toyota Lanjutkan Kontrak Penajaan Liga Vietnam Dengan Nilai USD2 juta
|
Penaja utama liga Vietnam, Toyota, telah bersetuju untuk melanjutkan lagi penajaan liga negara itu untuk musim 2016 selepas kontrak penajaan akan tamat hujung tahun ini.
Pengeluar utama kenderaan dunia itu telah bersetuju untuk memberikan tajaan sebanyak $2 juta berbanding kontrak sekarang bernilai $1.8 juta.
Populariti V League bukanlah faktor penyumbang utama Toyota memberikan penajaan, tetapi lebih kepada hubungan yang dijalinkan oleh kerajaan Vietnam dan Jepun dalam pelbagai bidang dinegara itu.
V League akan memulakan musim 2016 pada bulan Februari 2016.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Sumber: Football Channel Asia
Prev : Yokohama Tyre Keluarkan Tayar Dengan Logo Chelsea FC
Next : Top 10 Penjaga Gol Rating Paling Tinggi Liga Perdana Inggeris 2015/16
Next : Top 10 Penjaga Gol Rating Paling Tinggi Liga Perdana Inggeris 2015/16