Yokohama Tyre Keluarkan Tayar Dengan Logo Chelsea FC

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
image

Sebagai tanda kerjasama Yokohama Tyre dan Chelsea FC, syarikat pengeluar tayar Jepun itu menghasilkan tayar “Limited Edition” dengan logo Chelsea untuk jualan masa terhad mulai hari ini.

Blue Earth – A Chelsea FC Edition, nama yang diberikan kepada tayar tersebut akan dipasarkan di seluruh Jepun, dan akan diperluaskan ke Asia, Eropah dan Amerika Selatan.

image image

Jualan terhad itu juga hanya akan berlangsung dari hari ini 29 Oktober 2015 hingga 30 November 2015.

image

Yokohama Tyre telah bekerjasama dengan Chelsea FC untuk tajaan bernilai £40 juta semusim selama 5 tahun. Pengarah Urusan Chelsea, Christian Purslow dan Presiden Yokohama Tyre Corp. Japan, Noji Hikomitsu hadir dalam sidang media di Tokyo berkata, dengan menjalin kerjasama erat diantara Chelsea dan Yokohama Tyre membolehkan kedua-dua pihak terus berkembang maju dalam bidang masing-masing.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

 

 

comments