Chanatip Songkrasin Pikat 2 Kelab Jepun.
|
Kongphop Songkrasin, bapa kepada Chanatip Songkrasin mengesahkan bahawa ada pihak yang sudah menghubungi beliau untuk mengadakan perbincangan membawa anaknya itu beraksi di Jepun.
Chanatip sebelum ini pernah menjalani percubaan dengan kelab J1, Shimizu S Pulse, namun gagal mendapat tempat dalam skuad tersebut.
Difahamkan, 2 ejen Jepun yang datang untuk berbincang mengenai masa depan Chanatip adalah dari Gamba Osaka dan Sagan Tosu, kedua-duanya beraksi dalam saingan J1.
Walaubagaimanapun, Kongphop berkata, mereka menghormati BEC Tero Sasana, dan menyerahkan semua urusan itu kepada kelab. Chanatip mempunyai kontrak bersama BEC Tero sehingga 2018 dengan klausa 30 juta Bath
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : West Ham United Sedia £5 juta Untuk Bawa Honda Keisuke