Jangan Terkejut Kalau Pasukan Kita Kalah 20-0 – Lim Teong Kim

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
FIFI8079

Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim menggesa FAM mengambil Fritz Schmid sebagai jurulatih skuad U23 kebangsaan dengan segera.

Fritz Schmid baru-baru ini menghantar permohonan untuk jawatan ketua jurulatih skuad U23 negara dan Lim Teong Kim melihat tidak ada sebab untuk FAM tidak memberikan jawatan itu kepadanya berdasarkan pengalaman Fritz yang luas dalam membangunkan pemain muda.

“Saya fikir FAM patut melantik Fritz Schimd sebagai ketua jurulatih baru skuad U23.”

“Kita memerlukam seorang jurulatih yang mempunyai pengalaman dan beliau sudah pun disini, gunakan pengalaman yang dia ada. Beri lebih fokus kepada skuad U23 berbanding skuad senior. Gunakan semua kemudahan dan program yang kita ada untuk pembangunan.”

“Setiap negeri perlu mempunyai program pembangunan remaja sendiri. Ini adalah untuk masa depan. Kita sudah ada program pembangunan peringkat negara, mereka hanya perlu adaptasi sahaja. Itu saja mereka perlu buat.

“Sebaliknya, hampir semua pasukan negeri masih ‘tidur’. Mereka ego dan tidak cuba mahu untuk faham apakah pembangunan remaja sebenarnya. Malaysia adalah salah sebuah negara yang tidak mempunyai liga remaja profesional, jadi usah terkejut jika kita dikalahkan 20-0 suatu masa nanti.” kata Lim Teong Kim kepada The Star.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments