West Ham United Sedia £5 juta Untuk Bawa Honda Keisuke

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
AC+Milan+v+Parma+FC+Serie+A+dC3n_JPHVVkl

Slaven Bilic sudah menyatakan bahawa West Ham United sedia untuk membuat tawaran berjumlah £5 juta kepada AC Milan dalam usaha untuk membawa bintang Jepun, Honda Keisuke ke London.

Honda yang seakan sudah tidak mendapat tempat dalam skuad Sinisa Mihajlovic apabila hanya beraksi sebagai pemain gantian dalam 10 perlawanan musim ini. Beliau jua masih belum mejaringkan sebarang gol dan assist. Sinisa Mihajlovic seperti hilang kepercayaan kepada Honda untuk memberikan peluang beraksi sebagai kesebelasan utama.

Isu Honda dan AC Milan semakin hangat apabila pemain itu mengkritik pihak pengurusan kelab supaya lebih telus dan profesional dalam pengurusan kelab jika mahu kembali ke era kegemilangan. Dan disebabkan perkara itu Honda sudah menjadi kebencian para pihak atasan dan tiada jalan lain untuk beliau, kecuali berpindah kelab untuk beraksi dalam keadaan lebih selesa.

comments